Dah Terlepas Babak Awal, Nak Refund Pula? TGV Tegas Takkan Bayar Balik!

EntertainmentSales & Promo
12 Apr 2025 • 9:33 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pihak pengurusan TGV tegas tidak akan memulangkan semula wang pelanggan yang terlewat untuk menonton filem di panggung wayang.

Ia berhubung satu hantaran video daripada sebuah akaun TikTok yang mendakwa mereka telah dihalau keluar dan tidak dibenarkan menonton, selain tidak menerima bayaran balik daripada pihak TGV Manjung ketika kumpulan tersebut mahu menonton filem sensasi terbaharu, Blood Brothers: Bara Naga.

image is not available

Bagaimanapun, video berkenaan bersama akaun TikTok tersebut telah dipadam oleh individu terbabit selepas pihak TGV mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan situasi sebenar.

TGV Tegas Takkan Pulangkan Duit Tiket Pelanggan

Menurut kenyataan rasmi TGV Cinemas hari ini, kejadian berkenaan berlaku apabila sekumpulan pelanggan tiba kira-kira 20 minit lewat daripada waktu tayangan.

Bagi mengelakkan tertinggal babak awal filem, mereka telah masuk ke dewan lain dan duduk di tempat yang telah dibeli oleh pelanggan lain.

Bagaimanapun, kumpulan tersebut kemudiannya diminta untuk kembali ke dewan asal dan duduk di tempat sebenar seperti yang tertera pada tiket mereka.

image is not available

Disebabkan sudah terlepas sebahagian tayangan, pelanggan terbabit kemudian meminta bayaran balik daripada pihak TGV. Bagaimanapun, permintaan berkenaan telah ditolak.

Mengulas lanjut, TGV menegaskan semua pelanggan harus duduk di tempat yang telah dibeli bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidakselesaan kepada penonton lain. Jika berlaku pertindihan tempat duduk, pelanggan digesa terus berhubung dengan pihak pengurusan untuk tindakan segera.

Dalam masa sama, TGV turut memberi peringatan tegas bahawa sebarang permintaan bayaran balik tidak akan dilayan sekiranya pelanggan lewat masuk ke dewan tayangan.

image is not available

 

Sumber: FB TGV Cinemas