“Dah Tidur Bersama..” – Berpisah Dengan Suami Demi ‘Abang Polis’, Wanita ‘Terduduk’ Dapat Tahu Skandal Polis Palsu

14 Sep 2023 • 10:24 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, kes perceraian yang berlaku di negara jiran, Indonesia telah mendapat perhatian ramai setelah seorang wanita ditipu ‘hidup-hidup’ oleh skandalnya.

Difahamkan, wanita yang merupakan isteri orang itu mula menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki yang dipercayai sebagai ‘abang polis’ di laman Facebook dan selepas dua bulan berkenalan, masing-masing mula melakukan perkara kotor bersama.

Bahkan, polis terbabit turut meyakinkan wanita berkenaan untuk tinggalkan suaminya dan berjanji akan menikahi wanita berkenaan jika dia bercerai dengan si suami.

Benar-benar mempercayai janji abang polis terbabit, wanita itu berpisah dengan si suami demi untuk bersama dengan skandal.

Tetapi malangnya, setelah ‘ditiduri’, lelaki yang dipercayai sebagai anggota polis itu menghilangkan diri dan menyekat akaun wanita terbabit di platform media sosial.

Rasa ditipu, wanita berkenaan membuat laporan polis dan terbongkarlah disitu bahawa skandalnya merupakan ‘polis palsu’.

image is not available 1 year ago

(VIDEO) Hanya Dinikahi 8 Hari, Wanita Dicerai Suami OCD Sebab Cuci Beras Tak Ikut Cara