“Dah Tua Ni Patutnya Kuat Buat Amal” – Sering Kongsi Aktiviti Kekal Sihat, Siti Nurhaliza Ditegur Individu

20 Jan 2023 • 11:49 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza sering berkongsi di media sosial mengenai aktiviti senaman yang dilakukannya bagi mengekalkan kesihatan walaupun sibuk dengan kerjaya seni.

Baru-baru ini, penyanyi lagu Purnama Merindu itu memuat naik hantaran video di laman Instagram memaparkan dirinya yang sedang melakukan senaman dengan menggunakan tali ‘Battle Rope’.

Fokus, semangat & bertenaga macam Afwa” tulis Datuk Siti di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti meluahkan rasa kagum melihat kesungguhan Datuk Siti untuk kekal sihat memandangkan beliau turut memerlukan banyak tenaga untuk melakukan persembahan.

image is not available

Bagaimanapun, seorang individu telah menegur penyanyi berusia 44 tahun itu untuk memperbanyakkan amal ibadah berbanding membuat persediaan untuk mengadakan konsert.

image is not available

Susulan itu, ramai pengguna media sosial telah mempertahankan Datuk Siti dengan mengecam kenyataan yang dikeluarkan individu tersebut kerana menganggap amal ibadah tidak perlu ditunjuk di media sosial.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Kita Kena Mengalah, Tu Hak Dia.." - Tak Indah, Shikin Maembong Kongsi Banyak Berkorban Jadi Isteri Kedua