Dahan Pokok Jiran Masuk Kawasan Rumah, Boleh Ke Ambil Buah Tanpa Izin?

21 Feb 2023 • 3:22 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Oh! Media Dahan Pokok Jiran Masuk Kawasan Rumah, Boleh Ke Ambil Buah Tanpa Izin?

Pernah tak kita terfikir, adakah kita dibenarkan untuk mengambil buah yang gugur ke dalam halaman rumah sekiranya buah tersebut daripada pokok jiran?

Hari ini, kami hendak kongsi penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah mengenai situasi tersebut.

Hukum ambil buah milik jiran

image is not available

Menurut mufti, hukum bagi mengambil buah yang gugur daripada dahan dan jatuh ke halaman rumah adalah haram. Hal ini kerana tindakan itu dianggap sebagai mengambil hak orang lain.

Walau bagaimanapun, kita diminta untuk membincang situasi itu bersama jiran bagi mencapai kesepakatan dan kesamaan. Namun, kita dinasihatkan untuk tidak mengambil dan memakan buah yang gugur tersebut bagi menjaga diri daripada memakan harta yang tidak halal.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media