
SABAH Electricity Sdn Bhd (SESB) akan meningkatkan usaha untuk memeriksa keadaan kabel elektrik di sekitar Sandakan, dengan kakitangan syarikat diminta untuk lebih peka memastikan kabel-kabel ini bebas dari benda asing.
Ini berikutan maklum balas daripada seorang pemandu kenderaan di Sandakan mengenai pokok-pokok rimbun di beberapa kawasan daerah itu, terutamanya sepanjang jalan ke Taman Casa San Uno.
Katanya, kanopi tumbuhan ini menceroboh laluan kabel penghantaran elektrik yang menyediakan perkhidmatan ke kejiranan itu.
Terdapat juga sebatang pokok mati di sepanjang jalan itu, yang menurutnya, dahannya tersangkut pada kabel yang disambungkan ke satu lampu jalan di dalam kawasan itu. TINDAKAN diambil untuk menyelenggara kehijauan tumbuh berhampiran kabel elektrik di sekitar Sandakan setiap empat bulan sekali.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Individu tersebut bimbang mengenai keselamatan mereka yang lalu lalang, dengan mengatakan pokok itu, yang mana semua daunnya telah gugur, kelihatan seakan-akan boleh tumbang ke atas jalan pada bila-bila masa.
Menurutnya, sesiapa sahaja – sama ada pejalan kaki atau pemandu – yang terperangkap di bawahnya jika kejadian itu berlaku sudah pasti akan cedera atau lebih teruk lagi.
Penduduk tersebut menyuarakan kebimbangannya menerusi surat kepada Hotline. Suratnya kemudian dikemukakan kepada syarikat itu. PEKERJA kontraktor SESB memangkas pokok tinggi di satu bahagian Taman Casa San Uno ini.
Seorang jurucakap SESB berkata pemeriksaan telah dilakukan terhadap jalan masuk ke Taman Casa San Uno tidak lama selepas firma itu mengetahui tentang apa yang berlaku di sana.
“Kakitangan kami mengesahkan dahan-dahan pokok menceroboh ruang udara yang diduduki oleh beberapa kabel talian atas kami di kawasan perumahan itu,” katanya.
“Selain itu, tumbuhan menjalar juga tumbuh di sekitar kabel-kabel lain.”
Katanya, empat kontraktor firma itu kembali tiga hari kemudian untuk menangani semak ini.
“Tiga puluh lapan pekerja bekerja sepanjang hari untuk memangkas pokok-pokok berhampiran pepasangan kami dan membuang tumbuhan menjalar di sepanjang satu bahagian Jalan Tinosan, Lorong San Uno, dan Lorong San Uno 2,” katanya.
Dia berkata tiga jalan tersebut meliputi jarak kira-kira 1.7 kilometer dari hujung ke hujung. DUA pegawai Landskap MPS memerhatikan bahaya yang ditimbulkan oleh pokok mati ini.
“Kami memaklumkan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mengenai kehadiran pokok mati yang condong dalam keadaan membahayakan ke arah salah satu jalan ini.”
Apabila ditanya tentang sekerap mana tumbuhan di sekitar pepasangan SESB ditangani, jurucakap tersebut berkata ini dilakukan empat kali setahun mengikut jadual tetap.
“Empat kontraktor menguruskan masing-masing satu talian penghantaran kami di sekitar bandar ini,” katanya.
Jurucakap itu menggesa orang ramai supaya melaporkan sebarang masalah membabitkan kabel elektrik secara terus kepada syarikat, supaya masalah ini dapat diselesaikan segera.
Seorang jurucakap MPS berkata dua pegawai dari Bahagian Landskapnya datang ke Taman Casa San Uno pada Isnin, di mana mereka mengesahkan bahaya yang ditimbulkan oleh pokok mati tersebut.
Katanya, tindakan diambil untuk menebang pokok itu dua hari kemudian.
“Sepasukan pekerja kami memerlukan masa setengah hari untuk mengeluarkan pokok itu secara berperingkat,” katanya.
“Jentera ‘skylift’ dan sebuah trak terbuka kami dihantar untuk membantu dalam usaha ini.”
Jurucakap itu berkata kehijauan yang tumbuh di tepi jalan yang disenaraikan dalam daftar MPS diselenggara secara ad hoc.
DIANA dari Sandakan berkata beberapa bahagian kabel elektrik yang disambungkan ke lampu jalan itu tersangkut pada dahan pokok mati.
“Nasib baiklah, kabel itu tidak putus kerana tersangkut,” katanya. “Bagaimanapun, ada kejadian di bahagian lain di daerah ini di mana dahan pokok patah dan jatuh ke atas kabel-kabel elektrik.”
Katanya, gangguan bekalan berlaku di lokasi-lokasi ini dalam beberapa kejadian ini.
Diana berkongsi pemerhatiannya dengan beberapa jiran di Taman Casa San Uno.
“Rakan-rakan saya bimbang percikan api dari kabel boleh menyebabkan tumbuhan ini terbakar.”
Selain bahaya kebakaran yang mungkin berlaku, dia berkata rakan-rakannya juga risau tentang kemungkinan orang lalu lalang terkena renjatan elektrik.
“Sebahagian dari mereka menyuarakan kebimbangan mereka kepada seorang ahli politik tempatan, yang datang sendiri untuk menilai situasi ini.
“Malah dia sendiri terkejut dengan bahaya yang boleh ditimbulkan dari pokok mati itu.”
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
