‘Dahla ganggu bunyi gigit kuaci, buat sepah dalam wayang’

LocalEntertainment
4 Nov 2024 • 5:18 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Umum mengetahui makanan atau minuman dari luar dilarang dibawa masuk ke dalam panggung wayang.

Namun, sikap penonton yang dilihat mementingkan diri selalu mengundang masalah lain.

Bukan hanya kesalahan membawa masuk makanan luar, tetapi menerusi video tular ini sekumpulan individu juga dikatakan telah membuang kulit kuaci merata-rata.

“Tak boleh bayangkan perangai manusia yang macam ni. Terang-terang makanan luar adalah dilarang.

“Kau letak dalam beg, lepas tu makan bersepah macam budak kecik,” katanya.

Menerusi video tular itu juga katanya, bunyi gigitan makan kuaci juga telah menganggu tumpuan penonton lain.

Susulan itu, netizen mengecam tindakan itu dan menyifatkan tiada kesedaran dan tidak bertamadun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved