
Pelakon dan personaliti TV, Jihan Muse sekali lagi dikritik gara-gara keterlanjurannya ketika mengacarakan program nyanyian All Stars Gegar Vaganza malam tadi.
Dalam video yang dimuat naik seorang individu ini di aplikasi X, Jihan ada berseloroh mengenai vokalis kumpulan Caliph Busker iaiti Azmi Saat.
Btw tadi Jihan buat lawak pasal Azmi Saat (Azmi Caliph Buskers), “Kalau satu Azmi, Azmi Saat. Kalau 60 Azmi, jadi Azmi apa = Azmi Minit”
Kesian Azmi Saat, dah diuji dengan OKU penglihatan, nama bapa dia pulak dibuat main. pic.twitter.com/ih8f9PHy9M
— Pop Crave (@heize81) October 15, 2023
Kalau satu Azmi, Azmi Saat. Kalau 60 Azmi, jadi Azmi apa? Azmi minit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat Jihan tidak sensitif ketika menjalankan tugas dan tidak patut mempermainkan nama seseorang.
Kesian Azmi Saat, dah diuji dengan OKU Penglihatan, nama bapa dia pulak dibuat main.
Kesian pelawak macam ni. Nama bapak orang dibuat main secara umum. Dah macam tak ada benda lain kau nak buat lawak.
Malah, ada yang beranggapan lebih baik program nyanyian itu dikendalikan oleh Elly Mazlein berbanding Jihan Muse yang dianggap tiada ‘common sense’ oleh kebanyakan netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"Tak Perlu Panggil Satu Industri, Berduo Je Sampai Habis" - Janna Nick & Izzue Islam Dikritik Kerana 'Perli' Program All Stars Gegar Vaganza
The post “Dahla OKU Penglihatan, Nama Bapak Pula Dibuat Main” – Jihan Muse Dikecam Permainkan Nama Azmi Saat Di ASGV first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


