Dahsyat! Terowong Gombak Tembus Sebulan Awal Sebab Teknologi, Kerjasama Pasukan

LocalTechnology
30 Oct 2024 • 12:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, Terowong Gombak sepanjang 959 meter bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencapai kejayaan penembusan sebulan lebih awal daripada jadual yang ditetapkan.

Malaysia Rail Link (MRL) menerusi satu kenyataan bersama China Communication Construction (CCC) berkata, kerja-kerja tersebut dilakukan dengan menggunakan kaedah ‘gerudi dan letup’ yang menembusi kebanyakan granit lapuk.

“Ia (terowong) menjadikan terowong ECRL ke-36 yang telah selesai dengan kerja-kerja pengorekan setakat ini.

image is not available

“Pembinaan terowong ini akan membolehkan landasan kereta api ECRL mematuhi kecerunan maksimum 0.9 peratus serta mengurangkan penebangan hutan terbuka yang ketara di kawasan Batu 11 Gombak,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak mengakui, penembusan Terowong Gombak membuktikan teknologi pengorekan maju serta dedikasi padu pasukan yang terlibat.

“Penembusan Terowong ECRL Gombak menandakan satu lagi pencapaian dalam kemajuan projek ini, kerana ia merupakan komponen penting untuk menyiapkan jajaran ECRL dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor menjelang Disember 2026,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved