Dahulukan Warga Asing Dari Rakyat Tempatan, Pengurusan PETRONAS Twin Towers Mohon Maaf

6 Nov 2023 • 5:55 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Cakna tentang posting tular itu, pihak pengurusan Operasi Lawatan Menara Berkembar Petronas menerusi hantaran di laman Facebook (PETRONAS Twin Towers) telah memohon maaf secara terbuka mengenai insiden yang berlaku.

image is not available

Menurut kenyataan tersebut, pihak pengurusan bakal menjalankan siasatan lanjut dengan kadar segera tentang ketidakadilan pekerja syarikat mereka.

“Kami akan memastikan hal ini tidak berulang lagi. Segala kesulitan amat kami kesali,” tambah syarikat itu.

Staff PETRONAS Twin Towers Dahulukan Warga Asing

image is not available

Terdahulu seorang lelaki menerusi hantaran di laman Facebook (Shamsuddin Nawawi), telah membuat satu aduan apabila dia didakwa telah menerima layanan tidak adil daripada pihak pengurusan Menara Berkembar Petronas.

Menurutnya, dia telah membeli dua tiket Skybridge KLCC dengan harga RM34 untuk slot jam 4 petang.

Shamsuddin juga berkata bahawa dia memahami terma dan syarat yang dilaksanakan iaitu ‘first come, first serve’.

image is not available

Dia yang telah menunggu lama untuk menaiki jambatan itu sekitar jam dua petang sehingga 3.45 petang berkata, kakitangan menara telah datang dan bertanya kepada satu pasangan ‘Mat Saleh’ tentang slot tiket mereka.

Apabila pelancong asing itu menyatakan slot tiket mereka adalah pada 4.15 petang, pekerja yang memakai tali leher dikatakan telah mengenyit matanya seolah-olah sebagai ‘signal’ untuk warga asing itu menaiki Skybridge berkenaan terlebih dahulu.

Dalam erti kata lebih mudah, dia dibenarkan untuk memotong barisan.