Daihatsu Akui Salah Laku Dalam Ujian Keselamatan, Perodua Axia 2023 Dan Toyota Vios Antara Terjejas

29 Apr 2023 • 3:29 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Perodua Axia 2023 dan Toyota Vios antara kenderaan terjejas dalam penggantungan penghantaran

Daihatsu Akui Salah Laku Dalam Ujian Keselamatan, Perodua Axia 2023 Dan Toyota Vios Antara Terjejas. Dilaporkan Daihatsu telah mengaku melakukan “salah laku” semasa ujian keselamatan kemalangan untuk permohonan kelulusan kawal selia bagi empat modelnya.

Empat model terbabit adalah Perodua Axia 2023, Toyota Vios, Toyota Agya dan sebuah model yang belum dikeluarkan.

image is not available
Daihatsu Akui Salah Laku Dalam Ujian Keselamatan, Perodua Axia 2023 Dan Toyota Vios Antara Terjejas

Lebih 88,000 unit terjejas

Menurut laporan, anak syarikat Toyota itu menyatakan bahawa lapisan dalam pintu tempat duduk hadapan diubah suai secara tidak betul, dan terdapat pelanggaran prosedur ujian perlanggaran sisi yang ditetapkan oleh peraturan.

Pengerusi Lembaga Pengarah Toyota telah menyifatkan perbuatan itu tidak boleh diterima dan menyatakan bahawa syarikat itu akan menjalankan siasatan terperinci untuk mengelakkan perkara itu berulang.

image is not available
Perodua Axia 2023. Kredit: NST

image is not available
Toyota Vios 2023. Kredit: DSF

Difahamkan, lebih 88,000 unit model terjejas ini telah dijual di beberapa negara, dan penghantaran baharu telah digantung.

Daihatsu dan Toyota akan menguji semula ujian perlanggaran sisi dengan kehadiran pihak berkuasa pemeriksaan dan pensijilan, dan penghantaran akan disambung semula jika pematuhan terhadap peraturan disahkan.

Pelanggan yang menggunakan model sama tidak perlu mengambil tindakan

Sementara itu, Daihatsu telah memohon maaf kerana ‘mengkhianati kepercayaan’ pelanggan dan pihak berkepentingan serta menimbulkan kesulitan dan kebimbangan di kalangan pengguna.

Disamping itu, mereka telah menyatakan bahawa tidak ada keperluan untuk pelanggan menggunakan model ini untuk mengambil sebarang tindakan pada masa ini.

Lagi di sini: