Daily Express raih hadiah utama kali ke-4 berturut-turut

30 Oct 2023 • 1:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Akhbar Sabah tertua dan terkemuka, Daily Express, memenangi hadiah utama kewartawanan pada Anugerah Akhbar Kinabalu 2023 bagi tahun keempat berturut-turut, malam Sabtu lepas.

Daily Express, Harian Ekspres dan Overseas Chinese Daily News (OCDN) merangkul sembilan anugerah, tahun ini pada acara gemilang itu yang berlangsung di The Hilton Kota Kinabalu, yang terdiri daripada empat emas dan lima merit.

Sherell Ann Jeffrey memenangi Anugerah Kewartawanan utama dengan satu siri laporan berkaitan tahap kecurian utiliti dan dasar yang dirangka untuk membendung ancaman itu, manakala Gravin Wong Chian Kyun dari OCDN memenangi merit untuk kategori yang sama dalam bahasa Cina dengan laporan mengenai Kg Sungai Magandai.

Usaha berpasukan oleh Hayati Dzulkifli dan Ricardo Unto memenangi hadiah utama bagi kategori Pelaporan Berita dengan kompilasi laporan berita mengenai kesengsaraan akses di Nabawan dan nasib penduduknya, termasuk guru dan pelajar berkaitan jalan raya dan masalah jambatan rosak.

Bong Tze Pin dari OCDN memenangi merit untuk kategori Pelaporan Berita dalam bahasa Cina dengan laporan mengenai perubahan politik di Sabah selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Sherell turut memenangi Anugerah Kewartawanan Alam Sekitar dengan laporan tentang mengubah Kawasan Pemuliharaan Sungai Taliwas (TRCA) kepada ekopelancongan – bagaimana kawasan yang dibalak mempunyai peluang untuk permulaan yang baru dengan perancangan yang teliti dan komitmen yang ikhlas untuk pemuliharaan.

Bong menerima merit untuk kategori yang sama dalam bahasa Cina dengan laporan mengenai usaha memburu buaya oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan keselamatan rakyat.

Siti Kazalinah Kamaludin dari Harian Ekspres memenangi hadiah utama bagi Anugerah Pelaporan Hiburan, Budaya dan Seni Bahasa Malaysia, manakala Neil Brian Joseph dan Lorena Binisol memenangi merit bagi kategori yang sama dalam bahasa Inggeris.

Untuk rekod, sebanyak 313 penyertaan diterima merentasi 23 kategori kewartawanan cetak dan elektronik, menawarkan hadiah wang lebih RM100,000, manakala penjurian dibuat oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.