Daiyan Trisha Akan Dedahkan Pasangan Jika Lelaki Itu Benar-Benar Mahu Berkahwin Dengannya

LocalEntertainment
15 Oct 2024 • 12:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
daiyan

Pelakon Daiyan Trisha menyedari dirinya kurang bernasib baik dalam hubungan percintaan. Beliau juga menganggap dirinya kurang bertuah, mungkin kerana terlalu fokus pada kerjaya.

Saya rasa tak berapa bertuah dalam percintaan, mungkin sebab saya terlalu bercita-cita tinggi dan kuat berkerja.

Sebab saya memang meletakkan impian nak betul-betul berjaya dalam kerjaya seni.

Pelakon berusia 31 tahun itu juga mengatakan beliau tidak mahu bercinta hanya sebab perlu dan hendak bercinta.

image is not available

Saya percaya jodoh saya akan datang. Saya akan tunggu yang paling tepat untuk saya.

Daiyan juga lebih gemar untuk tidak berkongsi mengenai hubungan cinta sehingga orang lain tidak mengetahui siapa pasangannya.

Dari dulu saya memang tertutup mengenai hubungan cinta. Orang memang tahu tapi tak tahu siapa pasangan saya.

Sampai dia ‘lock’ saya, contohnya nak kahwin, barulah saya akan dedahkan.

Semoga Daiyan cepat bertemu jodoh yang memahami dan tidak mempersiakan dirinya.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar