Daiyan Trisha bukan isteri keempat VVIP-“Kalau kahwin saya pertama, itu syarat wajib..”

LocalEntertainment
19 Aug 2025 • 11:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 32, menafikan dakwaan bahawa beliau sudah mendirikan rumah tangga sebagai isteri keempat golongan kenamaan.

Menurut Daiyan, gosip tersebut tidak membebankan dirinya kerana sudah terbiasa dengan pelbagai spekulasi.

“Saya terkejut sebab wartawan tanya, benda ini kelakar dan hanya mampu gelak. Orang sebelum ini pernah cakap saya dibela, ada ‘sugar daddy’ dan terbaharu sebagai isteri keempat pula.

image is not available

“Jadi, semua ini memang dalam kategori yang sama juga. Saya masih single dan bukan isteri yang keempat. Kalau dah kahwin, saya akan pastikan saya ini isteri pertama sebab itu syarat wajib,” katanya.

image is not available

image is not available

Daiyan menegaskan, kemewahan gaya hidupnya, termasuk memiliki rumah banglo, adalah hasil kerja keras sendiri dan bukan kerana ada pihak lain yang “menjaganya”.

“Semua ini timbul sebab rumah saya dan dakwaan banyak duit seperti ada entiti lain yang menjaga saya. Kalau sudah kahwin, confirm orang akan tahu.
“Insya-Allah, saya akan beritahu semua orang. Semua ini timbul mungkin sebab saya belum kahwin lagi tapi semua yang saya miliki adalah hasil kerja keras,” jelasnya.

image is not available

Daiyan Trisha bukan isteri keempat VVIP

Pelakon itu turut menjelaskan bahawa khabar angin tersebut berpunca daripada perbualan orang sekeliling yang akhirnya menjadi fitnah.

“Saya rasa mungkin sebab orang cakap-cakap sampai macam jadi, yang sebenarnya sangat bahaya dan jadi fitnah. Sebenarnya banyak lagi benda-benda pelik yang saya dengar.
“Saya tak mahu cakap diri sendiri sebagai membosankan tetapi saya memang artis yang tiada kontroversi sangat pun,” ujarnya.

image is not available

Nama Daiyan menjadi perhatian ramai selepas tular artikel mendakwa seorang selebriti wanita sudah berkahwin dengan golongan kenamaan, namun penafian terkini menegaskan beliau masih solo.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali)