Dakwa Anak Bulan Tak Kelihatan, 'Ahli Agama Facebook' Gesa Teruskan Berpuasa

10 Apr 2024 • 9:14 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Wanita dikenali sebagai Awin Sultan ini mendakwa hari ini ialah 30 Ramadan kerana anak bulan tidak dapat dilihat dengan mata kasar semalam - gambar fail

KUALA LUMPUR - Ketika seluruh negara seharusnya meraikan 1 Syawal hari ini, ada pula golongan yang mendakwa Aidilfitri sepatutnya disambut bermula esok.

Berkongsi perkara itu di Facebook, seorang wanita yang menggunakan nama Awin Sultan mendakwa, anak bulan tidak kelihatan di pandangan mata kasar semalam, justeru hari ini dianggap sebagai hari terakhir Ramadan.

Lebih membingungkan, kenyataan dibuatnya menerima sokongan ramai, dan semuanya sepakat untuk terus berpuasa.

Dakwa wanita tersebut, perkara itu sesuai dengan sabda Rasulullah SAW.

“Ye, sesuai dgn sabda Nabi SAW, kalau tertutup dengan awan, hujan, mendung, tak nampak dengan mata orang awam kebanyakan, maka cukupkan/sempurnakan (puasa) jadi 30 hari,” katanya, menjawab soalan seorang netizen yang memohon kepastian berhubung perkara itu.

image is not available

Dakwa Awin lagi, dia dan kumpulannya tidak menerima penampakan anak bulan yang terlalu samar.

“Maaf kami tak terima kesaksikan kenampakan ‘anak bulan hantu’ yang terlalu samar, terlalu halus yang tidak dapat dilihat dengan mata manusia normal,” katanya.

image is not available

Pendapatnya disokong Muhammad Amirul Sarkhawi yang berkata, ia adalah sunnah Rasululllah SAW.

“Genggam sunnah kuat-kuat. Insya Allah. Dalam sunnah, ada kejayaan. Minta petunjuk dekat Allah Ta’ala. Rasa tak senang. Pagi ni sahur. Nanti Khamis boleh buat solat sunat raya antara family. Cari text khutbah. Ikut rukun. Selesai,” katanya.

image is not available

Pemerhatian Getaran mendapati, ada juga kalangan pengikutnya menganggap diri mereka sebagai golongan terpilih yang bertuah kerana ‘menerima kebenaran’.

image is not available

Menggunakan nama Putra Andy dia berkata, individu yang terpilih mempelajari ilmu berkenaan harus ‘menyimpannya’ dengan sempurna.

“Yang mana terpilih, pegang kejap-kejap ilmu ni...Nabi Muhammad SAW tinggalkan kita Al-Quran dan sunnahnya untuk diikuti,” katanya. - Getaran, 10 April 2024