Dakwa Boleh Beri Tenaga, Penjualan ‘Energy Stick’ Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Semakin Tinggi, KKM Bakal Ambil Tindakan

5 Feb 2024 • 3:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isu terbaru yang dilihat tular di laman sosial adalah satu jenis produk jualan yang dikenali sebagai Energy Stick berbentuk segi empat, bersaiz kecil dan mempunyai dua corong bertindak sebagai inhaler.

Dijual kepada pelajar

Barangan tersebut dipercayai semakin meluas dijual di internet dengan harga sekitar RM2.50 hingga RM10 yang cenderung dibeli pelajar-pelajar yang masih muda dan tidak tahu keburukkan Energy Stick tersebut.

Produk berkenaan berfungsi seperti nasal inhaler dan didakwa boleh memberi tenaga serta kesegaran kepada pengguna. Namun, penggunaan produk ini amat merisaukan kerana pengambilan bahan kimia melalui hidung boleh menyebabkan risiko kerosakan mukus dalam rongga hidung, luka, pendarahan dan jangkitan di samping alahan dan keracunan.

KKM ambil tindakan

Oleh kerana perkara ini semakin merisaukan ramai ibu bapa serta guru di luar sana, menteri Kesihatan Malaysia, Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihak mereka akan mengambil tindakan segera bagi membendung penjualan Energy Stick yang semakin berleluasa ini.

Saya sudah awal menerima alert ini. Langsung saya beritahu kepada Ketua Pengarah Kesihatan dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan akan aduan yang saya terima daripada sosial media. Kita (KKM) akan mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.

Pada masa yang sama, ibu bapa dah pihak sekolah juga dinasihatkan untuk mengawal dan mengambil tindakan kepada anak-anak dan pelajar di sekolah sekiranya ada yang mula menggunakan barangan tersebut.

image is not available 5 months ago

Kantoi Hisap 'Vape' Dalam Kelas, Bapa Kecewa Pelajar Alami Pendarahan Mata Didakwa Akibat Dirotan Guru