Dakwa Iklan Arak Muncul Di FB Selepas Pelantikan DSAI, Lelaki Ini Disekolahkan Netizen

25 Nov 2022 • 2:09 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tu kerja algorithm lah, bro

Dakwa Iklan Arak Muncul Di FB Selepas Pelantikan DSAI, Lelaki Ini Disekolahkan Netizen. Walaupun terdapat banyak pujian daripada rakyat Malaysia ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dari Pakatan Harapan (PH) akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, ada juga yang kecewa.

Seorang lelaki nampaknya menunjukkan ketidakpuasan hatinya terhadap pelantikan DSAI sebagai Perdana Menteri apabila dia ‘menyalahkan’ beliau atas kemunculan iklan arak secara tiba-tiba di laman Facebooknya dan kemudian dikecam oleh netizen lain.

image is not available
Dakwa Iklan Arak Muncul Di FB Selepas Pelantikan DSAI, Lelaki Ini Disekolahkan Netizen

Dakwa pelantikan DSAI sebagai Perdana Menteri jadi punca iklan arak tiba-tiba muncul di Facebook Timeline

Baru-baru ini, seorang lelaki menyiarkan status di Facebook mendakwa timeline Facebooknya tiba-tiba mempunyai iklan arak. Menurutnya, perkara ini berlaku ngam2 apabila DSAI dilantik sebagai Perdana Menteri.

image is not available
Kredit: Facebook

“Dia search Whiskas. Sangka baik,” – Netizen

Posting lelaki tersebut mengundang kecaman daripada netizen, yang mengatakan bahawa sebab timeline Facebooknya mempunyai iklan sedemikian adalah kerana dia pernah mencarinya dalam search history.

Bagi mereka yang kurang pengetahuan bagaimana algorithm berfungsi untuk media sosial, algorithm digunakan untuk mengutamakan siaran dalam feed pengguna berdasarkan perkaitan dan bukannya masa penerbitan.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Rangkaian sosial mengutamakan kandungan yang dilihat pengguna dalam feed media sosial mereka terlebih dahulu dengan kemungkinan mereka benar-benar mahu melihatnya. Dalam erti kata lain, iklan dan posting yang disiarkan dalam media sosial adalah berdasarkan pencarian kita dalam talian sebelum ini.

Perkara ini dijelaskan kepada lelaki tersebut, dengan ramai yang mengatakan bahawa lelaki itu telah ‘membuka aib’ sendiri apabila dia memuat naik status terbabit.

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

Tak tahu nak kata apa lagi, kan dah kantoi apa dia search sebelum ni. image is not available