Dakwa Kena Fitnah, Baby Shima Saman PU Syed & Ketua Pemuda Pas Kuantan

12 Jul 2023 • 7:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dakwa Kena Fitnah, Baby Shima Saman PU Syed & Ketua Pemuda Pas Kuantan

Penyanyi terkenal, Baby Shima pada hari ini telah bertindak menyaman dua individu iaitu Ketua Pemuda Pas Kuantan, Abd Rahman Mat Noor dan pendakwah bebas, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, lapor Sinar Harian.

Peguam yang mewakili Baby Shima, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi berkata bahawa pihaknya telah memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan.

Writa saman dan pernyataan tuntutan itu difahamkan telah difailkan oleh Baby Shima di Mahkamah Tinggi Ipoh dan Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Menurut Noor Azfar, tuntutan itu difailkan berdasarkan kausa tindakan saman fitnah (defamation) dan kepalsuan berniat jahat (malicious falsehood).

“Setakat tarikh kenyataan ini, proses penyerahan kertas-kertas kausa kepada individu-individu yang dinamakan di atas sedang dilaksanakan. Bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baby Shima buat masa ini dilaporkan menolak untuk memberikan sebarang ulasan mengenai saman yang difailkan

Tambahnya lagi, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berbuat demikian bagi menghormati proses yang difailkan tersebut.

Terutamanya buat masa ini pihak yang dinamakan masih belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan.

“Pihak kami juga telah menerima arahan untuk mengambil tindakan dalam masa terdekat ini terhadap beberapa individu dan syarikat lain yang telah terlibat dalam menyalahgunakan nama anak guam kami bagi tujuan komersial.

“Anak guam kami merizabkan haknya untuk meneruskan apa-apa tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat mengikut lunas undang-undang negara,” ujarnya.

image is not available
Kredit Threads

Sumber: Sinar Harian, Threads/@babyshima