Dakwa Menyusahkan, Ibu Bapa Pilih Untuk Buang Bin Atau Binti Dalam Surat Beranak

9 Jun 2023 • 5:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tular di Twitter, seorang ibu tidak menyertakan bin dan binti kepada anaknya

Dakwa Menyusahkan, Ibu Bapa Pilih Untuk Buang Bin Atau Binti Dalam Surat Beranak. Seperti yang diketahui umum, nama anak yang dilahirkan oleh ibu bapa beragama Islam di Malaysia selalunya mempunyai bin atau binti. Perkara ini juga menunjukkan sama ada anak dilahirkan itu lelaki atau perempuan.

Sementara itu, sesetengah ibu bapa masa ini memilih untuk tidak meletakkan bin atau binti dalam sijil kelahiran. Pemiilihan ini dibenarkan kerana tidak diwajibkan, menurut laporan.

Isu tersebut menjadi viral di Twitter apabila seorang ibu mendedahkan nama anaknya dalam surat kelahiran yang tidak mempunyai bin atau binti.

Bahkan, wanita itu juga menyatakan bahawa proses mendaftarkan anak tanpa bin atau binti adalah lebih mudah berbanding proses mendaftarkan anak pertamanya kira-kira 5 tahun lalu.

image is not available
Sumber: Twitter

Ada netizen yang setuju, ada juga yang menentang

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi di kalangan netizen. Segelintir netizen menyokong kenyataan wanita tersebut, manakala ada juga menentang pilihan wanita itu.

“Penyertaan nama bin dan binti ni tak jadi masalah, malah mudahkan orang ramai untuk tahu jantina seseorang hanya melihat nama sahaja,” ujar salah seorang netizen yang bersetuju dengan pilihan wanita itu.

“Kenapa nak drop binti? Dengan nama macam tu at leat kalau ada binti, orang tahu tu bangsa Melayu. Kalau takda binti, memang orang tak tahu kecuali tunjuk surat beranak,” kata salah seorang netizen yang tidak bersetuju dengan wanita berkenaan.

Menurut undang-undang, ia dibenarkan

Namun, menurut sumber, dipercayai pemilihan untuk tidak menyertakan bin dan binti dalam negara bagi ibu bapa beragama Islam adalah dibenarkan di bawah undang-undang.

Baca juga artikel yang berkaitan: