Dakwa Muhyiddin berbohong, Wan Fayhsal gesa lepaskan jawatan Presiden BERSATU

LocalPolitics
29 Jan 2026 • 10:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Majlis Pimpinan BERSATU yang digantung, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya berundur secara terhormat sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), susulan polemik berkaitan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang dinafikan oleh PAS.

image is not available

Minta Muhyiddin lepas jawatan Presiden BERSATU

Menerusi kenyataannya di Facebook, Wan Fayhsal mendakwa tindakan Muhyiddin telah mencemarkan imej PN dalam kalangan rakyat serta merosakkan hubungan Bersatu dengan rakan komponen, khususnya PAS, apabila kenyataan berhubung pemansuhan jawatan Pengerusi PN disangkal parti itu.

Menurutnya, sebagai presiden parti, Muhyiddin tidak tertakluk kepada sebarang tindakan Lembaga Disiplin, namun beliau perlu memikul tanggungjawab moral demi kelangsungan BERSATU dan gabungan PN.

“Maka, saya sekali lagi memohon dengan penuh rasa tanggungjawab untuk YB Tan Sri Muhyiddin berundur secara terhormat sebagai Presiden BERSATU demi kelangsungan BERSATU dan PN.
“Tan Sri Muhyiddin perlu letak jawatan segera.,” katanya.

image is not available

Kecewa dengan Presiden BERSATU

Wan Fayshal turut mendakwa surat jawapan balas yang tersebar kepada media membuktikan Muhyiddin telah menyimpang daripada persetujuan bersama dengan harapan untuk kembali memegang jawatan Pengerusi PN.

Terdahulu, PAS menyangkal kenyataan Muhyiddin berhubung pemansuhan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) seperti yang terkandung dalam surat Presiden BERSATU yang tersebar.

image is not available

Artikel lain: Mesyuarat di rumah Muhyiddin: “Jemput pun tidak…” -Hamzah Zainudin

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan isu berkenaan tidak pernah dibincangkan atau dipersetujui oleh PAS, termasuk dalam pertemuan pada 16 Januari lalu.

Malah, PAS kekal dengan pendirian bahawa jawatan Pengerusi PN perlu dikekalkan dan diurus tadbir selaras dengan Fasal 8.3(l) Perlembagaan PN.

Sumber: Facebook Wan Ahmad Fayhsal