
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada 3 Mac lalu, pelakon wanita tempatan, Saidah Kamarudin mendedahkan hubungannya sebagai tunang kepada aktor Muntazar Gufran telah terputus sejak Oktober 2024.
Apa yang menjadi perhatian adalah hubungan itu hanya bertahan selama lima bulan selepas mereka mengikat tali pertunangan pada Mei tahun yang sama.
Pendedahan itu nyata mengejutkan semua pihak. Malah, ada sahaja isu yang timbul sejak belakangan ini membabitkan kedua-dua selebriti tanah air itu.
Antaranya seperti dakwaan Muntazar menggodam akaun TikTok milik Saidah dan menghantar mesej kepada rakan-rakannya.
Saidah Dedah Punca Putus Tunang, Dakwa Muntazar Hanya Ada RM500
Terbaharu, tular kenyataan Saidah dalam satu video yang mendedahkan hubungan pertunangannya bersama Muntazar terputus kerana isu kewangan.
Menerusi temubual bersama mStar, Saidah mendakwa dia memutuskan tali pertunangan tersebut kerana pelakon lelaki itu hanya mempunyai simpanan sebanyak RM500 sahaja.
“Kita putus sebab memang you (Muntazar) tak de duit. Dalam akaun you hanya ada RM500 sahaja.
“Saya tak gelakkan. Saya jumpa dia menangis-nangis minta tak nak teruskan. Macam mana you nak jaga anak orang kalau you pun ada RM500 sahaja dalam akaun?
“You cuma ada duit cukup untuk sara diri you sahaja, kenapa you tipu I? Kenapa you tipu family I?” jelas Saidah dalam temu bual tersebut.
Muntazar Patut Pergi Kerja Atau Sambung Belajar
Malah, Saidah yang yang merupakan finalis Dewi Remaja 2019 berpendapat Muntazar sepatutnya mencari kerja atau menyambung pelajaran.
“You sebenarnya tak boleh kahwin. You sepatutnya pergi kerja, sambung belajar. Bukan nak kahwin,” jelasnya lagi.
Saidah Dakwa Banyak Keluarkan Duit Untuk Persiapan Perkahwinan
Dakwa Saidah, dia hanya mengetahui jumlah wang dalam akaun Muntazar selepas bertanyakan berapa jumlah wang sebenar yang diperolehi pelakon lelaki itu
Ini kerana Saidah mendakwa hanya dia yang banyak mengeluarkan duit bagi persiapan majlis perkahwinan berbanding aktor berkenaan.
Saidah Titip Pesanan, Minta Muntazar Tidak Bersikap ‘Childish’
Pada akhir video berkenaan, Saidah sempat menitipkan pesanan buat Muntazar agar berhenti menganggunya dan tidak bersikap seperti budak-budak.
Malah, dia meluahkan rasa menyesal kerana pernah mengenali aktor tersebut.
“Sangat. Sangat (menyesal). I tak sangka you (Muntazar) macam ini, kenapa you nak act childish macam ni? I wish I tak pernah jumpa you langsung.
“I nak you move on dengan your life sebab I pun dah move on, please jangan act childish. You dah 22 tahun, grow up, be a man,” katanya.
Saidah hilang sabar! Dedah Muntazar Gufran cuma ada RM500 untuk kahwinNampaknya makin menjadi-jadi ni. Tapi kalau ada RM500 je… Boleh buat apa?
Posted by mStar Online on Tuesday 3 June 2025
Pendedahan Saidah Undang Pelbagai Reaksi
Video yang telah mendapat lebih 394,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila mendengar pengakuan aktres berkenaan.
Ramai yang bersetuju dengan tindakan Saidah yang memutuskan pertunangan kerana isu kewangan memandangkan dia telah banyak mengeluarkan wang bagi persiapan perkahwinan.
Namun, ada pula yang berpendapat duit bukanlah segalanya dan menganggap Saidah seorang yang ‘demanding’.
Pada masa yang sama, segelintir pengguna media sosial merasakan tiada salahnya jika kekurangan wang asalkan masing-masing dapat menerima dan berusaha bersama.
Ini antara komen menarik pengguna Facebook:
“Perempuan Ni Marah Sebab Persiapan Untuk Kahwin Guna Duit Dia Banyak, Bijak Minta Statement, Tak Ramai Perempuan Dekat Luar Berani Buat Macam Ni”

“Kalau Cinta Seikhlas Hati Tak Ada Duit Pun Tak Apa, Duit Boleh Cari Sama-Sama”

“Bagus Perempuan Ini, Buat Apa Kahwin Dengan Orang Yang Tiada Duit, Nanti Tak Pasal Kena Jadi Provider”

“Dah La Orang Tak Kenal, Baru Naik, Berani Pula Demand”

“Wanita Diuji Disaat Lelaki Tidak Mempunyai Apa-Apa, Lelaki Diuji Disaat Dia Memiliki Segalanya”

Baca Artikel Berkaitan: “Kalau Sebab Duit, Sangat Kecewa” – Wanita 34 Tahun Buntu Ibu Tak Izinkan Kahwin, Guna Alasan Tak Masuk Akal
Baca Artikel Berkaitan: Tiada Persefahaman, Curang & Campur Tangan Keluarga Antara Punca Utama Penceraian – LPPKN
Source:


