Dakwaan ADUN WARISAN Keluar Parti Tak Benar – Mohd Shafie

Politics
13 Dec 2022 • 6:34 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mohd Shafie Apdal - Gambar fail

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan bahawa parti itu kekal utuh.

Tegasnya, dakwaan kononnya ada dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) WARISAN yang melompat parti adalah tidak benar.

“Khabar angin dan cakap-cakap mengenai kononnya ada ADUN WARISAN yang mahu keluar parti, ditimbulkan semula sebagai percubaan berniat jahat pihak tertentu untuk melemahkan serta menjatuhkan parti.

“Kesemua ADUN WARISAN juga telah mengulangi kesetiaan tidak berbelah bahagi mereka kepada parti,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Shafie memaklumkan, terdahulu WARISAN mengadakan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) di Kota Kinabalu pagi ini.

Ia turut dihadiri wakil rakyat daripada WARISAN.

Katanya, AMT dan wakil rakyat WARISAN juga sebulat suara menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. – Getaran, 13 Disember 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved