Dakwaan campur tangan politik: 'Seeloknya tanya Cklamovski sendiri' - FAM

LocalPolitics
30 Jun 2025 • 5:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Joehari. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mahu membuat sebarang andaian mengenai kenyataan pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski yang menyentuh mengenai campur tangan politik dan isu dalaman dalam skuad kebangsaan.

Presidennya, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub berkata, FAM tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh Cklamovski dalam kenyataan yang dibuatnya selepas perlawanan Kumpulan F Kelayakan Piala Asia menentang Vietnam baru-baru ini dan menyerahkan kepada pegendali kelahiran Australia itu untuk menjelaskannya.

"Kami tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh Peter dan perkara ini seeloknya tanya beliau sendiri. Lebih baik jika beliau sendiri yang beri penjelasan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan atau spekulasi," katanya dalam sidang akhbar selepas Kongres Luar Biasa FAM pada Isnin.

Cklamovski sebelum ini mendakwa terdapat halangan termasuk unsur politik dalam usaha membawa Harimau Malaya ke tahap lebih tinggi di peringkat antarabangsa.

Kenyataan itu mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk dalam kalangan peminat dan pemerhati bola sepak tanah air yang ingin tahu sama ada benar terdapat halangan yang dimaksudkan.

Dalam pada itu, Mohd Joehari menegaskan badan induk bola sepak itu sentiasa memberikan sokongan penuh kepada Harimau Malaya termasuk projek revolusi yang sedang dijalankan ketika ini.

"Kami di pihak FAM dan saya sebagai presiden memberikan jaminan bahawa kami memang bagi 100 peratus sokongan kepada Harimau Malaya," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved