Dakwaan Cerai Viral Sampai Indonesia, Nabila Mengaku Padam Gambar Suami Sebab Merajuk

11 Sep 2022 • 9:07 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebelum ini timbul spekulasi mengatakan rumahtangga usahawan, Noor Nabila dan suaminya Engku Emran sedang bergolak. Netizen tertanya-tanya status pernikahan mereka selepas gambar Engku Emran termasuk gambar kahwin tiada di Instagram isterinya.

Malah, khabar angin ini turut bertiup kencang menerusi portal-portal tempatan di Indonesia.

Ternyata dakwaan itu hanyalah palsu apabila pasangan itu baik-baik sahaja dan jodoh mereka masih kuat. Menurut Nabila dia memadam gambar bersama suami kerana merajuk.

image is not available

Alhamdulillah, jodoh kami masih kuat. Kami masih bersama. Doakan kami.

Biasalah dalam perkahwinan ada turun naik. Waktu itu saya tengah geram. Saya tak buang pun gambar, tapi ‘archive’ saja. Macam tulah.

Kata kakak kepada Neelofa ini, dia sebenarnya sedar tindakannya itu akan menjadi bualan netizen dan media. Tetapi biasalah, ada kalanya wanita akan bertindak tanpa berfikir kerana terlalu emosi.

Cuma bila kita jadi perhatian, perkara kecil pun menjadi besar. Padahal semua perempuan pun kalau gaduh perkara pertama dia akan buat (padam gambar). Saya merajuk lama tau.

Jelasnya, sudah menjadi adat dalam rumah tangga ada pasang dan surutnya. Dia hanya mengabaikan orang-orang yang menilai kerana dia tak mampu memuaskan hati semua orang.

@budieychannel Apa yang anda faham tentang video ini? Satu video 1001 kisah kehidupan. #fyp #ddnkwedding #errafazira ♬ Bahagiamu Bahagiaku – Zinidin Zidan

Terdahulu, tular di TikTok video memaparkan pasangan ini hadir ke majlis perkahwinan pakar pelaburan saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan dan Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.