Dakwaan hilang subsidi BUDI95 akibat saman tidak benar – Anthony

LocalPolitics
9 Dec 2025 • 6:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dakwaan bahawa kegagalan menjelaskan saman akan menyebabkan kehilangan kelayakan subsidi petrol BUDI95 adalah tidak benar. Gambar fail Bernama

KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa kegagalan menjelaskan saman akan menyebabkan kehilangan kelayakan subsidi petrol BUDI95 adalah tidak benar.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, saman tertunggak dan kelayakan subsidi petrol BUDI95 merupakan dua mekanisme yang berbeza dan beroperasi secara berasingan.

"Kedua-duanya bukan perkara yang sama dan tidak mempunyai kaitan langsung secara automatik," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ujar beliau, berdasarkan dasar semasa, untuk memohon atau terus menikmati subsidi petrol BUDI95, pemohon hendaklah warganegara Malaysia yang disahkan melalui MyKad selain perlu memiliki lesen memandu yang aktif.

"Lesen memandu yang aktif merujuk kepada lesen yang masih dalam tempoh sah, atau yang tempoh luputnya tidak melebihi tiga tahun," jelas beliau sambil menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi undang-undang trafik demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved