Dakwaan isu discaj pesara & penjawat awam dari IJN, KKM akan beri penjelasan

27 Feb 2024 • 8:04 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Susulan isu mengenai seorang pesara penjawat awam yang diberhentikan rawatan rapi di Institut Jantung Negara (IJN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjelaskan perkara itu tidak lama lagi.

Dalam pada itu juga, KKM akan menjelaskan laporan yang mendakwa Institut Jantung Negara (IJN) kini dalam proses discaj semua pesakit dari kalangan penjawat awam dan pesara berikutan langkah penjimatan kos kerajaan.

Menerusi satu laporan portal Code Blue, pesara berkenaan meluah rasa kecewa dengan situasi tersebut selepas 25 tahun menerima rawatan di IJN. Katanya, alasan yang diberikan ialah pihak KKM supaya semua penjawat awam dan pesara perlu discaj ke pusat jantung KKM berhampiran rumah mereka.

Bagi pesara berkenaan, masalah ini sangat merumitkan selain terpaksa membuat janji temu dan dengan keadaan klinik yang sibuk.

“Saya membantah kerana masalah saya sangat rumit; pakar kardiologi kanan IJN bersetuju dengan saya. Tetapi saya diberitahu bahawa tangan mereka terikat kerana kerajaan sedang mengurangkan kos.

“Saya juga mendapat tahu pesara dan penjawat awam lain di seluruh negara, beberapa bulan lalu turut mengalami nasib yang sama.

“Jadi, saya pulang ke rumah dan membuat persediaan untuk berjumpa doktor di pusat jantung KKM berhampiran rumah saya. Ini bukan mudah kerana saya terpaksa membuat janji temu dan klinik sibuk,” katanya.

Pusat rawatan berhampiran tiada pakar dan ubat terhad

Pesara itu berkata, selepas lebih dua bulan beliau berjaya berjumpa doktor. Namun bimbang akan kehabisan ubat tidak lama lagi. Selain itu dia juga mendakwa, pusat jantung berhampiran rumahnya tidak mempunyai kepakaran mengendalikan kes. Selain menghadapi isu bilangan ubat yang terhad.

“Pakar kardiologi KKM kemudiannya berkata, dia akan menulis rujukan baharu untuk saya kembali ke IJN, dan saya perlu membuat janji temu dengan IJN sebagai pesakit baharu dan berharap mendapatkan kembali pakar kardiologi kanan yang sama.

“Ini akan menjadi satu lagi kerumitan dan mungkin menunggu dua hingga tiga bulan, atau lebih lama,” katanya.