Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

LocalPolitics
22 Jun 2026 • 1:03 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung pemindahan tiga ekor gajah Asia ke Jepun, susulan dakwaan berlaku kebocoran dana dalam urusan berkenaan.

Sumber SPRM mengesahkan, siasatan itu melibatkan pemindahan gajah dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat (DAK) dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun.

Siasatan kini tertumpu kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta ejen yang didakwa terlibat dalam urusan pemindahan tersebut.

Terdahulu, sebuah kumpulan pemuliharaan hidupan liar, Hidup, pada 18 Jun lalu menggesa siasatan rasmi dijalankan berhubung dakwaan wujudnya ketirisan dana dalam transaksi tersebut yang dianggarkan bernilai RM53 juta.

Hidup mendakwa, sebahagian bayaran tidak disalurkan kepada kerajaan seperti sepatutnya. 

Kumpulan itu turut mendakwa transaksi terbabit melibatkan beberapa individu.

SPRM memaklumkan, pihaknya sedang meneliti dakwaan tersebut termasuk kemungkinan wujud unsur rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan.

Tegas sumber, siasatan masih di peringkat awal dan akan dijalankan secara menyeluruh.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

“SPRM sentiasa komited untuk menjalankan siasatan secara profesional, bebas dan telus, serta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya terdapat bukti mencukupi berkaitan sebarang salah laku,” katanya. - Getaran, 22 Jun 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved