Dakwaan Larang Pengeluaran KWSP Bagi Tujuan Haji, Hui Ying Buat Laporan Polis

LocalPolitics
30 Oct 2024 • 4:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar dan berunsur fitnah.

Memetik laporan Sinar Harian, Pegawai Tugas-Tugas Khas beliau, Lim Swee Kuan telah membuat laporan polis di di Pondok Polis Segambut, Kuala Lumpur, pagi tadi bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang sengaja memanipulasi maklumat untuk menyemarakkan ketegangan antara kaum.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menurutnya, tindakan pantas perlu diambil untuk menghalang penyebaran berita palsu ini daripada mencetuskan isu sensitif berkaitan agama, kaum, dan raja (3R) yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

Tegasnya, dengan jelas bahawa penglibatan polis amat penting dalam memastikan berita palsu ini dihentikan segera.

image is not available

Foto: Berita Harian

“Seperti yang telah dijelaskan dalam Dewan Rakyat pada 28 Oktober 2024, bahawa Akaun Sejahtera KWSP memang boleh digunakan oleh bakal jemaah haji yang berusia di bawah 55 tahun, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

“Prosedur ini telah kekal sejak diperkenalkan pada tahun 2013, tanpa mengira siapa yang memegang tampuk pemerintahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, menjadi tanggungjawab semua pihak, terutamanya pengguna media sosial, untuk memastikan kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya.

image is not available

Foto: Sinar Harian

“Kegilaan mengejar perhatian dan populariti tanpa mengkaji kesan buruk boleh membawa kepada perpecahan yang tidak diingini, khususnya apabila elemen keagamaan dan perkauman dipergunakan secara tidak bertanggungjawab.

“Saya menyeru agar semua pihak, termasuk pengguna media sosial, media massa, dan pihak berkuasa, berganding bahu untuk membendung penyebaran berita tidak benar yang boleh merosakkan perpaduan dan keharmonian yang kita nikmati bersama,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Tuan Buqhairah Tuab Muhamad Adnan)