Dakwaan mayat kanak-kanak dalam tong sampah tidak benar: Polis Tawau

LocalPolitics
21 Aug 2024 • 2:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Dakwaan mayat seorang kanak-kanak ditemui di dalam tong sampah di Kg Sri Menanti dalam satu video tular di media sosial, adalah tidak benar, kata Ketua polis daerah ACP Jasmin Hussin.

Katanya, tiada sebarang laporan atau aduan berkaitan kes yang didakwa itu diterima pihaknya.

Menurut beliau, pihaknya sudah membuat semakan terhadap video berdurasi 21 saat itu dan mengesahkan kejadian itu adalah tidak benar.

Jelasnya, rakaman video tersebut diambil pada 9 Ogos lalu di Jalan Mawar ketika berlaku satu kemalangan kecil antara seorang penunggang motosikal dan seorang pejalan kaki.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more “MPV Tawau dan polis trafik berada di lokasi untuk melancarkan keadaan lalu lintas ketika kejadian,” katanya pada Selasa.

Sebelum ini, tular sebuah video yang memaparkan aksi orang ramai berhampiran tong sampah roro di tepi jalan Kg Sri Menanti yang kelihatan seolah-olah melihat atau terjumpa sesuatu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.