Dakwaan Minuman Nutrimalt Kandungi Alkohol Tidak Benar – 7-Eleven

10 Nov 2022 • 3:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dakwaan produk minuman jenama Nutrimalt keluaran kumpulan Carlsberg yang didakwa dikategorikan sebagai minuman beralkohol seperti yang tular baru-baru ini adalah tidak benar.

7-Eleven Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, satu tindakan pantas sudah diambil bersama pihak pengeluar bagi mengenal pasti status minuman berkenaan.

“Ketika menerima aduan ini, kami mengambil tindakan serta-merta dengan menghubungi pengeluar Nutrimalt untuk memberi pencerahan berhubung perkara ini.

“Pihak pengeluar telah memberikan respon secara rasmi dan menekankan bahawa produk ini tidak mengandungi alkohol dan kami berkongsikan maklumat ini kepada pihak umum dan juga pelanggan setia 7-Eleven,” maklum kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, 7-Eleven menegaskan bahawa pihaknya tidak ambil ringan tentang proses kelulusan sesuatu produk yang dijual di bawah rangkaiannya.

“Ingin ditekankan bahawa komitmen 7-Eleven adalah berterusan dalam memastikan setiap kebimbangan para pelanggan didengari dan diuruskan dengan baik supaya kami dapat memberikan perkhidmatan terbaik.

“Di 7-Eleven, semua produk kami melalui proses kelulusan yang ketat untuk memastikan keselamatan penggunaan yang terjamin bagi semua pelanggan.

“Kami sentiasa mengamalkan kerjasama yang rapat dengan para pembekal dalam memastikan pembekalan rantaian yang cekap dan jaminan bahawa setiap produk kami adalah menepati kualiti yang ditetapkan,” tambahnya.

Sebelum ini, tular di media sosial tentang isu minuman Nutrimalt yang didakwa mengandungi kandungan alkohol kerana dikilangkan di bawah syarikat pengeluar minuman beralkohol.

image is not available
Sumber: kenyataan media 7-Eleven

Sumber: kenyataan media 7-Eleven