Dakwaan premis buat roti guna bulu khinzir disiasat: Ariffin

8 Nov 2023 • 1:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Ariffin Arif akan mendapatkan maklumat daripada Hab Halal Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) mengenai isu penggunaan bulu berus berasaskan khinzir di sebuah premis pembuatan roti, di sini.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan oleh penguatkuasaan jabatan agama Islam berkaitan dan sekiranya didapati ada pelanggaran peraturan logo halal, maka tindakan akan diambil.

“Saya akan dapatkan maklumat daripada Muis halal Hub. Seperti biasa, jika perkara ini berlaku (penggunaan produk berasaskan khinzir), kita akan ambil tindakan sepatutnya selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SoP) kita.

“Termasuk memberhentikan (menutup) premis itu dan pada masa sama, kita akan beri kesedaran kepada masyarakat tentang perkara ini, sekiranya mereka mempunyai logo halal dan menyalahgunakan tanda halal,” katanya

Ariffin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Sidang Kemuncak Keselamatan Siber BIMP-EAGA 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Selasa.

Tular di Facebook didakwa surat permohonan ‘sertu halal’ oleh premis pembuatan roti terbabit yang memaparkan ‘Punca Wajib Sertu: Berus Bakeri Mengandungi DNA Khinzir’.

Bagaimanapun, premis pembuatan roti itu dalam satu kenyataan di media sosial yang sama memaklumkan bahawa pihak mereka ketika ini dalam proses pengurusan Sijil Halal dan berus itu bukan untuk kegunaan produk atau proses pembuatan makanan.

Katanya, berus itu digunakan untuk membersihkan habuk di sudut meja di bahagian ‘barista’ dan bahawa mereka juga tidak tahu bahan berus bulu itu kerana ia dibeli pekerja mereka di sebuah kedai di luar premis tersebut.

Pihaknya turut menyatakan dokumen yang ditularkan itu adalah sulit dan tidak sepatutnya jatuh ke tangan pihak ketiga dan meminta agensi berkaitan membuat siasatan.

Laporan polis turut dibuat untuk siasatan lanjut termasuk mengelak pihak yang mengambil kesempatan merosakkan nama baik syarikat mereka.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article