Dakwaan RM57 juta pemindahan DAK: NRES tidak akan lindungi mana-mana pihak

LocalPolitics
23 Jun 2026 • 9:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dakwaan RM57 juta pemindahan DAK: NRES tidak akan lindungi mana-mana pihak
NRES tidak akan sesekali berkompromi atau melindungi mana-mana pihak sekiranya terbukti wujud sebarang salah laku, penyelewengan atau pelanggaran prosedur dalam urusan pemindahan tiga ekor gajah Asia dari Zoo Taiping, Perak ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun.

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan sesekali berkompromi atau melindungi mana-mana pihak sekiranya terbukti wujud sebarang salah laku, penyelewengan atau pelanggaran prosedur dalam urusan pemindahan tiga ekor gajah Asia dari Zoo Taiping, Perak ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun.

Menerusi kenyataan pada Selasa, Menterinya, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, pendirian itu diambil bagi memelihara integriti institusi serta nama baik negara di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, kementerian mengambil maklum mengenai siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung isu berkenaan.

"NRES menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti dan kedaulatan undang-undang dalam setiap aspek pengurusan hidupan liar negara.

"Sehubungan dengan itu, NRES sedia memberikan kerjasama penuh dan menyeluruh kepada pihak berkuasa sepanjang proses siasatan ini berlangsung bagi memastikan proses siasatan dapat dilengkapkan secara menyeluruh dan telus," katanya.

Terdahulu SPRM memaklumkan satu kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat urusan pemindahan tiga gajah berkenaan yang dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat (DAK).

NRES, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan ejen, antara pihak yang diberikan tumpuan dalam siasatan berkenaan.

Ia susulan gesaan pertubuhan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (Hidup) agar SPRM melakukan siasatan selepas mendakwa terdapat bayaran berkaitan urusan pemindahan DAK yang tidak disalurkan kepada kerajaan selain mengaitkan beberapa individu dengan transaksi dianggarkan bernilai RM53 juta.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved