Dakwaan 'satu undi BN satu undi Zahid jadi PM' hanya persepsi oleh pembangkang: Ismail Sabri

Politics
6 Nov 2022 • 4:55 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BERA: Dakwaan satu undi kepada Barisan Nasional (BN) bersamaan satu undi untuk Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) menjadi Perdana Menteri hanyalah persepsi yang dimainkan pihak pembangkang dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Naib Presiden Umno menegaskan sehingga kini tiada sebarang perubahan melibatkan calon perdana menteri daripada BN selepas PRU15.

“Saya pun dengar perkara itu, tetapi semalam saya dah perbetulkan persepsi itu... pihak pembangkang hanya nak wujudkan persepsi sedangkan saya (sudah) cakap Majlis Tertinggi (MT) Umno dan Perhimpunan Agung Umno (PAU) sudah putuskan selagi perkara itu tidak di ‘reversed’ dalam mesyuarat. Keputusan itu kalau nak ubah mesti dalam MT, mesti diubah dalam PAU,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program Kenduri Rakyat Bersama Komuniti Bandar Kemayan, di sini hari ini, ketika ditanya mengenai dakwaan itu yang dijadikan modal pembangkang di media sosial, tular sejak kebelakangan ini.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata Ismail Sabri kekal dinamakan sebagai ‘poster boy’ BN pada PRU15 dan calon Perdana Menteri, dengan pendirian gabungan berkenaan berhubung perkara itu tidak berubah sekiranya BN menang pilihan raya.-Bernama