Dakwaan Takiyuddin, sekadar kenyataan politik: Anwar

Politics
5 Aug 2023 • 4:17 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

image is not available

BUKIT MERTAJAM - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa gelombang Perikatan Nasional (PN) dilihat lebih kuat berbanding sokongan terhadap Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini hanyalah kenyataan politik semata-mata.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yakin sokongan rakyat terhadap PH amat positif berdasarkan sambutan yang ditunjukkan oleh rakyat setiap kali beliau turun padang.

"Tak mengapalah, itu kenyataan politik (Takiyuddin), saya di Kedah semalam, sambutan luar biasa baik. Kita tak boleh nafikan.

"Saya yakin akhirnya rakyat akan memilih politik yang stabil dan menolak pandangan ekstrem, di samping memilih politik yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi," katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-16 di sini hari ini. 

Anwar yang juga Presiden PKR berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Takiyuddin baru-baru ini yang mendakwa gelombang PN di enam negeri memberi isyarat jelas Kerajaan Perpaduan akan turun takhta pemerintahan nanti. - 5 Ogos, 2023