Dakwaan Van Jenazah Kena Curi, Buat ‘Job’ Pecah Rumah Hanya Salah Faham

5 Aug 2024 • 11:23 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
van jenazah

Tular di media sosial rakaman video memaparkan sebuah van jenazah dipandu laju ketika dikejar orang awam.

Van jenazah tersebut didakwa telah dicuri dan digunakan untuk tujuan merompak. Orang awam yang menunggang motosikal cuba mengejar tetapi van berjaya melarikan diri.

@pakliyy96

Tolong tolong van jenazah kene curi pastu buat jop pecah rumah no plat van wtk 7726 area kajang#fyp #viral #kespecahrumah #fyp#viralvideo

♬ original sound – PAKLIYY96 – PAKLIYY96

Terbaru, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof menjelaskan kejadian itu hanyalah salah faham.

Pemandu van jenazah terpaksa memecut laju untuk mengelakkan dirinya menjadi mangsa serangan orang ramai selepas disangka pencuri.

Lelaki itu yang memandu van jenazah ke satu kawasan perumahan di Kajang untuk dihantar kepada seorang mekanik sudah tersalah alamat, menyebabkan dia terpaksa memandu perlahan.

Tetapi ia menyebabkan salah faham sehingga dia ditahan sekumpulan lelaki yang menuduhnya memandu kenderaan curi dan terbabit kes pecah rumah di kawasan itu.

Pemandu mendakwa sekumpulan lelaki cuba menyerangnya dan mengejar sambil  membawa senjata kayu serta besi.

image is not available

Jelasnya lagi, pemandu van telah tampil membuat laporan polis mengenai kejadian kira-kira jam 3.58 petang Ahad.

Malah, nazir sebuah masjid telah tampil mengesahkan van tersebut diserahkan kepada pemandu untuk dibaiki.

Semakan pihak polis juga mendapati tiada sebarang laporan melibatkan kes pecah rumah atau kecurian van jenazah.

Pihak polis akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah) dan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998 bersabit dengan video tular yang mendatangkan kegusaran kepada orang lain.

image is not available

Jap!