“Dal..Meow..”, Gelagat Kucing Ikut Ayah Mengaji Bikin Terhibur

29 Nov 2022 • 7:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kadang-kadang haiwan ini lagi berakal dari manusia, namun disebabkan bahasa yang kita bercakap itu tidak sama, komunikasi itu agak terbatas dan mustahil untuk difahami.

Namun di sudut hati yang kecil, haiwan sebenarnya memahami diri kita terutamanya apabila kita membela mereka. Ia dipercayai boleh memahami serba sedikit apa yang kita cakap dan mengetahui hati dan perasaan kita.

Bukan setakat itu sahaja, ada kalanya haiwan bercakap dengan kita seolah-olah kita faham apa yang dia ingin sampaikan. Yang paling terdekat boleh ambil contoh seperti kucing, di mana dia akan memberitahu segala yang dia rasai kepada pemiliknya.

Kalau pemilik itu bertuah, dapatlah dia seekor kucing yang petah bercakap dan rajin melayan perasaannya di saat gembira atau sedih. Namun tidak semestinya kucing itu tidak pandai bercakap, kita sebagai tuan harus mengabaikannya, sebaliknya perlu juga lindungi mereka.

Kucing belajar mengaji

Dalam perkongsian @ciktun di laman TikTok, dia berkongsi mengenai telatah kucingnya yang diberi nama Umar menjawab ketika ditanya soalan.

Dalam video tersebut, seorang lelaki yang diberi gelaran ayah membuka kelas mengaji untuk Umar dan mengajar huruf-huruf jawi kepada haiwan berbulu itu.

Seakan-akan faham akan huruf jawi yang diajar, Umar sentiasa menjawab ‘meow’ seolah-olah dia memahami soalan yang diajukan oleh lelaki itu.

Perbualan lucu mereka berselang seli dengan jawapan yang diberikan oleh Umar.

Lelaki itu dilihat sangat menikmati perbualan yang dibualkan bersama Umar sehingga sanggup mengajar kucing itu mengaji walaupun ia tidak faham konteks perbualan mereka.

“How are you today? Ada mood nak sambung tak?” kata lelaki itu.

“Meow (sambung apa ayah)?” jawab Umar.

“Sambung huruf arab,” tambah ayah itu lagi.

“Meow (Muqaddam ka)? Meow (Boleh),” kata Umar.

“Kita cuba ya,” kata lelaki itu.

“Meow Meow (Ok ayah)” jawab Umar sambil menutup mata memberi signal dia faham apa yang diperkatakan oleh lelaki itu.

image is not available
Gambar: Tangkap layar video viral

Maka bermulalah, sesi pembelajaran mereka berdua dalam mengenali huruf Arab itu. Umar dilihat tenang duduk di berandar, santai sambil menghadiri kelas itu dan terlihat konsisten belajar sehingga habis kelas mengaji.

image is not available
Gambar: Tangkap layar video viral

Sebelum ini, Umar turut menghadiri kelas mengaji yang dibuat dan kali ini merupakan ‘sambungan’ daripada ‘silibus’ terdahulu.

Video itu mendapat sambutan yang meriah daripada warganet dan mereka terhibur dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Umar.

Reaksi Warganet

image is not available
Tangkap layar komen

image is not available
Tangkap layar komen

@ciktunteja74

Yang haritu punya huruf kita sambung balik malam ni image is not available

♬ original sound – ciktun – ciktun

Sumber: @ciktun via Twitter