“Dalam Pantang Minta ‘Dilayan’..” – Suami Suka Tengking & Sepak Depan Mentua, Wanita Nekad Fail Cerai Selepas 26 Tahun Berkahwin

LocalEntertainment
14 Nov 2024 • 11:51 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, di platform TikTok tular luahan hati seorang wanita yang nekad memfailkan cerai terhadap suami biarpun sudah mendirikan rumah tangga lebih dari 20 tahun.

Suami suka marah-marah, curang

Dalam hantaran tersebut, wanita terbabit membuat keputusan sedemikian kerana sudah tidak dapat bertahan dengan sikap suami yang sering marah-marah.

Suami suka ludah, maki hamun, tengking, sepak terajang kadang kala depan anak dan mentua serta saudara mara.

Bukan itu saja, malah, si suami turut suka mengungkit soal duit, lagi-lagi apabila dia yang perlu memberi kepada keluarga.

Paksa ‘layan’ walaupun sedang berpantang

Malah, lelaki terbabit juga bertindak kasar secara fizikal dan berlaku curang semasa dia sedang hamil sehinggalah melahirkan anak mereka.

Kalau ingat balik saya boleh gila. Dalam pantang pun kena buat kerja, dalam pantang suami minta dilayan.

Disebabkan itu, wanita tersebut merasakan perpisahan merupakan jalan terbaik buat dirinya demi mencari ketenangan dan fokus pada agama sahaja.

image is not available 2 months ago

Suami Tidak Berhati Perut Ceraikan Isteri Dengan Talak Tiga Di Wad NICU Sebab Melahirkan Anak Sindrom Down