Dalam Proses Baiki Hubungan, Rizky Dan Lesti Kembali Tinggal Serumah

Entertainment
18 Oct 2022 • 4:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini kecoh tentang isu rumah tangga sepasang selebriti dari Indonesia, Lesti Kejora dan suami Rizky Billar yang dikatakan telah melakukan keganasan rumah tangga.

Walau bagaimanapun, Lesti difahamkan telah menarik semula laporan yang dilakukan ke atas suami dan kini keduanya didakwa telah kembali tinggal serumah.

Rizky juga mengesahkan perkara tersebut ketika ditemui di balai polis dan peguam kepada pelakon itu menyokong kenyataan berkenaan dengan memberitahu bahawa pasangan itu dalam proses memulihkan kemelut rumah tangga yang dihadapi.

Terkini, muncul satu video yang dimuat naik di TikTok menunjukkan Rizky dan Lesti yang kelihatan mesra bersama.

Namun begitu, video viral berikut mendapat reaksi bercampur baur daripada netizen yang menganggap Rizky tidak berubah sepenuhnya manakala ada juga segelintir netizen mendoakan yang terbaik bagi pasangan selebriti itu.

image is not availableimage is not available

Sekadar info, Rizky sebelum ini didakwa melakukan keganasan rumah tangga ke atas isterinya dengan tindakan mencekik dan menghempas Lesti ke lantai tandas.

image is not available 2 hari lalu

"Seindonesia Kena Prank" - Lesti Kejora Dilabel 'Perempuan B*doh' Pertahankan Suami 'Kaki Pukul'