Dalam Tempoh Setahun Gagal Lunaskan Pinjaman Persahabatan, Jovian Mandagie Diarah Bayar RM10 Juta Pada 2 Syarikat

12 Jul 2024 • 12:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Difahamkan, pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie diperintah untuk membayar kepada dua buah syarikat sebanyak RM10 juta susulan kes saman yang disabitkan sebagai pinjaman persahabatan.

Melalui dokumen Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin menetapkan keputusan pada 2 April dan 4 April lalu selepas membenarkan permohonan Bina Pragmatik Sdn Bhd dan Cekap Air Sdn Bhd untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Jovian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jovian Rayke Mandagie (@jmandagie)

Pihak mahkamah telah memutuskan kes melalui hujahan bertulis tanpa perbicaraan penuh dan memanggil saksi.

Namun begitu, Jovian telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut pada 30 April lalu.

Sekadar info, Jovian didakwa memungkiri perjanjian pinjaman dan sehingga ke hari ini masih gagal membayar semula wang berkenaan serta menjadi penyebab kedua-dua syarikat itu mengalami kerugian.

image is not available 2 months ago

Gagal Bayar Tunggakan RM4.96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka, Jovian Apparel Disaman Pembekal