Dalami Kisah Lagenda Disebalik Batu Buaya Di Pantai Santubong

15 Oct 2022 • 4:32 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Batu mirip kepala seekor buaya terdampar di tepi Pantai Santubong

Dalami Kisah Lagenda Disebalik Batu Buaya Di Pantai Santubong. Pantai Santubong adalah sebuah destinasi yang menjadi kewajiban untuk dilawati oleh para pengunjung yang berkunjung ke bumi Kenyalang. Bukan sahaja keindahan pantainya yang menjadikan ianya tarikan utama di Kuching tetapi terdapat satu batu misteri yang wujud di pantai tersebut.

Batu Buaya atau lebih dikenali oleh orang Sarawak sebagai Batu Boyak adalah sebuah batu yang benar-benar mirip seperti kepala seekor buaya yang terdampar di tepi pantai. Namun, tahukah kita bahawa Batu Buaya ini memiliki kisah lagenda yang menjadi legasi turun-temurun masyarakat setempat?

image is not available
Dalami Kisah Lagenda Disebalik Batu Buaya Di Pantai Santubong. Sumber gambar: Sailingstone TRAVEL

Batu Buaya atau Batu Boyak, kepala buaya yang dipotong dan disumpah

Batu Buaya yang terdapat di tepi Pantai Santubong ini dipercayai adalah kepala seekor buaya yang telah dipotong oleh Datu Merpati Jepang atas alasan buaya ini sedang melakukan proses berpasang-pasangan dengan buaya yang lain semasa Datu Merpati Jepang menunaikan solat Zohor.

Oleh kerana merasa terganggu, Datu Merpati Jepang telah melibaskan parang miliknya sehingga bercerai kepala dan buaya tersebut.

image is not available
Dalami Kisah Lagenda Disebalik Batu Buaya Di Pantai Santubong. Sumber gambar: WADD! MEDIA

Bahkan, dengan rasa marah yang membuak tersebut juga kerana fokusnya ketika solat terganggu, Datu Merpati Jepang telah menyumpah kepala tersebut menjadi batu. Jadi, Batu Buaya yang menjadi mercu Pantai Santubong tersebut memiliki kisah tersendiri.

Dipercayai ada misteri kerana jadi tempat minta nombor ekor

Bukan itu sahaja, Batu Buaya ini juga dipercayai memiliki misterinya yang tersendiri dimana dipercayai bahawa ada sesetengah orang melawati batu ini untuk tujuan mendapat nombor ekor. Hal ini dibuktikan dengan penemuan orang kampung dahulu bahawa terdapat beberapa colok disekitar batu tersebut.

image is not available
Dalami Kisah Lagenda Disebalik Batu Buaya Di Pantai Santubong. Sumber gambar: Sailingstone TRAVEL

Begitulah lagenda dan kisah disebalik Batu Boyak yang menjadi salah satu tarikan untuk pergi ke Pantai Santubung.

Boleh baca artikel dibawah untuk mengetahui tempat menarik yang lain yang ada di sekitar Kuching:

View Original Article