Dalang Serangan 9/11 Amerika Syarikat Setuju Mengaku Salah – DOD

1 Aug 2024 • 2:02 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Pertahanan (DOD) Amerika Syarikat (AS) melaporkan Khalid Sheikh Mohammed bersama dua lagi tertuduh bersetuju membuat pengakuan bersalah atas dakwaan sebagai dalang utama serangan 11 September 2001 (9/11), semalam.

Suruhanjaya Tentera, Susan Escallier dalam persidangan Pihak Berkuasa telah memeterai perjanjian praperbicaraan dengan Mohammed, Walid Muhammad Salih Mubarak Attash, dan Mustafa Ahmed Adam al Hawsawi sebagai tiga tertuduh bersama dalam kes tersebut.

image is not available

Foto: Google

“Terma dan syarat perjanjian praperbicaraan tidak tersedia untuk umum pada ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengikut pertuduhan asal, ketiga-tiga tertuduh bersama Ali Abdul Aziz Ali dan Ramzi al Shibh didakwa secara bersama melakukan serangan itu dan dihadapkan pada 5 Jun 2008, kemudian dihadapkan semula buat kali kedua pada 5 Mei 2012 sebagai dalang utama.

image is not available

Foto: aarp.org

Terdahulu, berlaku satu serangan pengganas melibatkan empat pesawat penumpang yang dirampas kemudian digunakan untuk menyerang Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia di New York City dan ibu pejabat pertahanan Pentagon di luar Washington pada 11 September 2001 sehingga menyebabkan hampir 3,000 orang dilaporkan terkorban.

Pada 2003, Mohammed ditahan di Pakistan dan disoal siasat serta diseksa semasa dalam tahanan oleh Agensi Risikan Pusat (CIA).

image is not available

Foto: CBS News

Mohammed dipindahkan ke dalam kem penjara Guantanamo pada 2006, dan dijadual menghadapi perbicaraan di hadapan tribunal tentera atas penglibatannya, namun perbicaraannya dan beberapa lagi rakan ditangguhkan.

Sumber: Laman Web DOD