Daler Yusuf minta jangan masuk campur, tegur kekasih & bapa tiri Puteri Balqis

EntertainmentOpinion
26 Jan 2026 • 9:46 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon kacak, Daler Yusuf menegur tindakan kekasih dan bapa tiri aktres muda Puteri Balqis berhubung isu yang sedang panas membabitkan pelakon Mia Sara Nasuha.

Jangan masuk campur

image is not available

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 34, berpandangan bahawa mereka tidak seharusnya mencampuri urusan pelakon itu sehingga dianggap terlalu berlebihan.

image is not available

“Sebagai seorang lelaki Muslim, aku rasa kekasih Balqis dengan bapak tirinya tu tak perlu masuk campur urusan perempuan macam ni kot,” ciapan Daler, semalam.

Dalam pada itu, dia juga kurang bersetuju dengan cara yang dilakukan oleh kedua-dua lelaki itu dalam mempertahankan Puteri Balqis kerana bersikap biadap dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada Mia Sara.

“Lepas baca screenshot IG story mereka, nampak betul-betul kurang ajar dan kasar sangat terhadap seorang gadis berumur 20 tahun.
“Tak elok langsung cara tu. Astaghfurillah,” jelasnya.

Bapa kepada empat cahaya mata itu juga menjelaskan tidak salah sekiranya seorang suami mahu mempertahankan isteri namun adab dan bahasa perlu diutamakan.

image is not available

“Mempertahankan isteri memang hak dan tanggungiawab suami, tu saya setuju 100%.
“Tapi jaga bahasa tu penting jugak, especially bila cakap pasal perempuan. He was extremely rude, boleh defend dengan cara lebih baik,” tambahnya lagi.

image is not available

Artikel lain: Ibu Puteri Balqis ‘bidas’ Janna Nick -“Awak baru kena sikit pun dah melalak”

Terdahulu, Puteri Balqis, menyeru nama pelakon Mia Sara Nasuha dan mendakwa ibunya pernah dimalukan oleh keluarga dan juga kenalan dari pihak aktres tersebut suatu ketika dahulu.

Perkara itu menjadi bualan di media sosial terutama di Threads apabila banyak pihak mula mengeluarkan pandangan masing-masing.

Sumber: Threads daleryusuf