Dami iPhone Ultra, iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max Tertiris

TechnologyDigital
7 Apr 2026 • 9:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kita sudah tiba di bulan April maka beberapa rekaan peranti yang bakal dilancarkan mula tertiris. Hari ini tiba giliran rekaan iPhone Ultra (mungkin menggunakan nama iPhone Fold_, iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max dalam bentuk dami yang kasar. Dami digunakan oleh pengeluar aksesori untuk menghasilkan produk mereka lebih awal supaya boleh dipasarkan serentak dengan pelancaran peranti sebenar

image is not available

Tiada kejutan pada rekaan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max yang mengekalkan bonggol belakang yang besar, trikamera dan bahagian pengecas MagSafe. Di hadapan pula lubang kamera Face ID yang lebih kecil dapat dilihat.

image is not available

Pada iPhone Ultra pula bonggol kamera besar hanya untuk dwi-kamera dilihat. Bonggol ini tidak menggunakan keseluruhan panel belakang seperti pada iPhone Air. Dami turut mengesahkan skrin luar kecil yang besar serta skrin dalam yang mirip sebuah iPad Mini. iPhone Ultra kelihatan lebih pendek berbanding iPhone 18 Pro dalam kedudukan tertutup.

Apple dipercayai telah memulakan ujian pengeluaran awal untuk iPhone Ultra dengan beberapa isu yang muncul menyebabkan telefon lipat pertama Apple ini dilancarkan sekitar Disember depan.