Dana Jualan Rahmah naik kepada RM600 juta, perluas ke 600 DUN

23 Jul 2025 • 11:28 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

image is not available

SHAH ALAM, 23 JULAI: Kerajaan meningkatkan peruntukan pengajuran program Jualan Rahmah MADANI 2025 kepada RM600 juta, berbanding RM300 juta pada tahun lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah ini bertujuan memperluas capaian penganjuran program ke seluruh negara termasuk menambah kekerapan di semua 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Maka, peruntukan awal RM300 juta akan ditambah RM300 juta lagi dan peruntukan ini memastikan kekerapan dan perluasan lokasi ke setiap DUN 600.

“Jualan Rahmah akan diadakan di setiap DUN sebelum akhir tahun ini,” katanya dalam Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia, hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga menteri kewangan memberitahu kerajaan akan terus menumpukan kepada usaha yang memberi manfaat langsung kepada rakyat di peringkat komuniti.

“Malahan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) yang bakal dibentangkan juga mengambil kiri keutamaan semua negeri tanpa mengira fahaman politik,” katanya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved