Dana RM500,000 untuk belia ceburi bisnes pelancongan

LocalBusiness & Finance
10 Aug 2026 • 3:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dana RM500,000 untuk belia ceburi bisnes pelancongan

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka menyediakan dana RM500,000 bagi membantu golongan belia menceburi bidang perniagaan berasaskan industri pelancongan di negeri ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, Inisiatif Dana Pelancongan Remaja itu disasarkan memberi manfaat kepada kira-kira 200 belia berusia antara 20 hingga 35 tahun.

Menurutnya, inisiatif berkenaan bertujuan menggalakkan lebih ramai anak muda mengambil peluang menjana pendapatan menerusi sektor pelancongan yang menjadi antara tunjang utama ekonomi Melaka.

“Kita hari ini mengumumkan Inisiatif Dana Pelancongan Remaja sebanyak RM500,000 untuk menggalakkan belia yang berminat dalam bidang pelancongan memulakan perniagaan.

“Dengan RM500,000 kita akan beri kepada 200 orang belia yang berusia 20 hingga 35 tahun, mungkin seorang dapat dalam RM10,000,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bagi bulan Ogos, di sini, hari ini.

Ab. Rauf berkata, bantuan berkenaan terbuka kepada anak muda yang berminat menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan berkaitan sektor pelancongan.

Katanya, ia termasuk perniagaan menjual cenderamata selain menceburi bidang perkhidmatan seperti pemandu pelancong. – KOSMO! ONLINE

The post Dana RM500,000 untuk belia ceburi bisnes pelancongan appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved