Dana untuk projek naik taraf jalan, bina jambatan, jejantas 

10 Nov 2023 • 4:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 10 NOV: Anggaran RM16.45 juta diperuntuk untuk menjayakan program pembangunan jalan di seluruh negeri, kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 hari ini.

Projek ini termasuk

– Membaik pulih cerun (RM5 juta)
– Menaik taraf jalan (RM4.5 juta)
– Kerja-kerja permulaan iaitu pelantikan perunding kajian trafik (RM0.5 juta)
– Pewartaan jalan negeri (RM0.6 juta)
– Memasang lampu jalan dan lampu isyarat (RM3.6 juta)
– Meningkatkan aspek keselamatan jalan raya (RM2.25 juta)

Selain itu, sebanyak RM12.6 juta diperuntukkan untuk pembinaan jambatan dan jejantas, RM29.9 juta untuk kerja pembinaan jalan baharu serta RM68.2 juta untuk memastikan jalan sedia ada dapat menampung peningkatan aliran trafik.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved