Daniel Henney Selamat Bernikah Dengan Pelakon Kacukan Jepun-Amerika

Entertainment
20 Oct 2023 • 1:57 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Rasanya ramai dah lama ternanti-nanti siapakah gerangan wanita yang akan memiliki hati Daniel Henney?

Akhirnya terjawab persoalan semua kerana media Korea melaporkan bahawa lelaki itu telah melangsungkan pernikahan secara rahsia di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Khabarnya, dia menamatkan zaman di usia 43 tahun dengan pelakon kacukan Jepun-Amerika iaitu Ru Kumagai yang pernah muncul dalam drama seperti “911”, “Only The Brave”, “Good Trouble”, “Forest Without Love” dan banyak lagi.

image is not available

Pernah dikhabarkan bercinta pada 2020 apabila ada yang terserempak mereka berjanji temu namun keduanya menafikan hal tersebut. Menurut siulan dalaman, Daniel dan Ru memulakan hubungan sebagai teman sekerja sebelum menjadi kekasih dan kekuatan cinta antara satu sama lain membawa mereka ke jinjang pelamin.

Respon agensi lelaki itu,

Daniel Henney sudah berjumpa seorang yang berharga di mana dia mahu menghabiskan seluruh hidup bersama, dengan itu perkahwinan ini berlangsung.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article