‘Daniesha cuma beritahu mahu keluar memancing’

22 Oct 2026 • 3:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Daniesha cuma beritahu mahu keluar memancing’

GEORGE TOWN – “Daniesha beritahu mahu keluar memancing. Tak sangka ini kali pertama dan terakhir untuknya.”

Itu luahan pilu seorang ibu, Masniezar Ahmad, 44, yang tidak menyangka hasrat anaknya, Daniesha Hana Mohd. Hairul, 20, untuk keluar memancing bersama seorang rakan lelaki malam tadi menjadi pertemuan terakhir mereka.

Lebih meruntun hati, wanita itu berkata, anaknya sulung daripada enam beradik itu selama ini tidak pernah melakukan aktiviti tersebut dan hanya memaklumkan perkara itu kira-kira pukul 8 malam semalam.

“Saya dapat tahu kemalangan berlaku dari pak su (bapa saudara mangsa) kira-kira pukul 4 pagi tadi selepas dia melihat satu siaran langsung di TikTok yang memaparkan kejadian tersebut di lokasi kejadian.

“Pada mulanya, pak su dia tidak sangka mangsa yang terlibat ialah anak saudara sendiri. Selepas melihat maklumat kad pengenalan yang dikongsikan, dia menghubungi saya untuk mengesahkan identiti anak.

“Tidak lama selepas itu, saya diberitahu yang Daniesha sudah tiada. Lalu, kami bergegas ke Hospital Pulau Pinang dari Pasang Serai (Kedah),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, tadi.

Mengulas lanjutnya katanya, kali terakhir dia berkomunikasi dengan anaknya adalah menerusi WhatsApp kira-kira pukul 10 malam tadi sebelum mangsa membalas mesej dua jam kemudian.

“Dia beritahu sekejap lagi akan pulang ke rumah. Itu mesej terakhirnya kepada saya.

“Memang tidak sangka langsung perkara ini berlaku kerana dia keluar seperti biasa malam tadi. Saya tidak pernah terfikir ini akan berlaku. Sebabnyaz ini sudah kali ketiga dia terlibat kemalangan motosikal,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

The post ‘Daniesha cuma beritahu mahu keluar memancing’ appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved