Pasaran speaker pintar pada waktu ini didominasi oleh Amazon dan Google. Dengan sebuah speaker pintar, pelbagai peranti berhubung di dalam rumah boleh dikawal dengan suara pengguna. Ia menjadi hub yang amat berguna. Serentak dengan pelancaran Huawei MatePad Pro semalam, speaker pintar Sound X turut dilancarkan.

Rekaan Sound X mirip Mac Pro tong sampah dan HomePod lengkap dengan skrin sesentuh pada bahagian atas. Di China Huawei Sound X dijual pada harga RMB 1,999 (~RM 1188) sebuah atau RMB 3,888 (~RM 2312) sepasang.

