'DAP hanya berpegang dengan komitmen Ahmad Zahid' - Anthony Loke

Politics
26 Jun 2023 • 2:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anthony Loke ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 Persatuan Pengusaha Institut Memandu (PIM) pada Isnin.

PUTRAJAYA - DAP hanya berpegang kepada komitmen Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meskipun MCA menggesa agar tidak membantu DAP di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, Ahmad Zahid telah memberi komitmen yang jelas berhubung perkara tersebut.

"Kami ambil komitmen daripada Pengerusi BN sendiri yang juga Timbalan Perdana Menteri, jadi pandangan lain kita tidak ambil kira," katanya ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 Persatuan Pengusaha Institut Memandu (PIM) di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai gesaan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Danial Wa Wai How agar parti itu tidak membantu DAP dalam menghadapi PRN.

Jelas Anthony, kenyataan yang dikeluarkan oleh Wai How tidak mewakili BN.

"Itu hanya Pemuda MCA sahaja," katanya lagi.

AKAN MENYUSUL