
Parti Tindakan Demokratik (DAP) Cawangan Ayer Leleh dan Merdeka Permai telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Bersama baru-baru ini, yang menghimpunkan ahli-ahli parti daripada kedua-dua cawangan dalam semangat muafakat dan perpaduan. Mesyuarat tersebut bertujuan untuk menilai semula pencapaian cawangan masing-masing serta membincangkan strategi dan hala tuju menghadapi Pilihan Raya Negeri yang akan datang.
Mesyuarat ini bukan sahaja menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama antara cawangan, malah memberi ruang kepada ahli akar umbi dan pimpinan untuk memperteguhkan komitmen terhadap perjuangan parti yang berteraskan keadilan dan perpaduan.
Timbalan Setiausaha Publisiti DAP Melaka, Mohamad Najib, dalam ucapannya menegaskan bahawa DAP adalah sebuah parti pelbagai kaum yang inklusif serta konsisten memperjuangkan hak semua rakyat Malaysia.
“DAP bukan parti milik satu kaum sahaja. Ia adalah platform pelbagai kaum yang menjunjung nilai keadilan, kesaksamaan dan perpaduan. Kita akan terus mara ke hadapan untuk menangkis segala fitnah perkauman dan memastikan suara rakyat didengari serta dihormati,” katanya.
Beliau turut menekankan pentingnya integriti dan keberanian dalam mempertahankan prinsip demokrasi sebagai asas kekuatan DAP.
“Ramai pihak di luar sana cuba menggambarkan bahawa DAP tidak menjaga kebajikan orang Melayu dan Islam. Namun saya di sini berdiri sebagai bukti hidup bahawa dakwaan itu tidak benar. Saya diberi peluang dan ruang menyumbang secara aktif dan menjunjung nilai keadilan kesaksamaan dan perpaduan sesama kaum”
Sementara itu, Pengerusi Cawangan Ayer Leleh, Tan Ju Hin, menzahirkan harapan agar DAP dapat mempertahankan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada Pilihan Raya Negeri Melaka yang lalu. Beliau menyifatkan kejayaan itu sebagai manifestasi mandat rakyat dan kesinambungan usaha reformasi parti.
“Kuasa rakyat adalah asas kepada politik. Kita bersedia bersaing dan berkhidmat demi membuktikan keikhlasan serta memperkukuh kerjasama politik yang berlandaskan legitimasi rakyat,” katanya.

Mesyuarat turut menyaksikan sokongan sebulat suara daripada semua ahli yang hadir, yang bersetuju bahawa DAP perlu terus komited mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenangi dan mengekalkan momentum perjuangan dalam memperjuangkan suara rakyat di Melaka.
Laguvendran Sandran adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
